Sunday, 12 June 2016

BAGAIMANA?

assalamualaikum! alhamdulillah masih diberi peluang untuk bertemu dengan ramadhan lagi. Tahun ni berpuasa dekat UPSI for 1 week and a half i guess. Sempat puasa dekat rumah for 1 week. Dimana masa tu study week dan aku sepatutnya study. Sepatutnya lah kan. So today, aku nak share something. Ramai orang tanya aku macam mana aku boleh kuat sangat masa aku hijrah.


Lets start, aku start pakai cuba-cuba pakai tudung labuh bila aku umur 19 tahun. Masa tu bulan puasa. Saja je cuba pakai. Sebenarnya, aku bukanlah gadis baik sangat. Dulu, kalau bab trend fashion baru mesti aku ikut aku pakai. Seluar ketat tudung singkat lengan pendek benda tu bagi aku biasa je dulu. Kadang-2 solat pun aku tak jaga, ikhtilat lagi lah kelaut. Tapi aku takdelah keluar malam dengan lelaki. Alhamdulillah masih terjaga. Kalau mencarut tu mainan biasa bagi aku lepastu kaki gaduh. Pernah sekali kena panggil pegi pejabat sebab terlibat dengan kes gaduh dekat tandas weh..Tipulah kalau takpernah bercinta, ye pernah. satu je boyfriend aku pernah ada dalam hidup aku. Masa aku dengan dia, aku lalai. Duk rindu dia sayang dia. Hm, malunya dengan Allah.Masa aku umur 19 tahun, bulan puasa  tu lah aku rasa nak berubah. Alhamdulillah Allah bagi hidayah dekat aku. Sebab apa? Sebab aku mimpi banyak kali aku berada dalam kedaan dunia ni nak kiamat. Masa dalam mimpi tu aku rasa takut sangat2 then masa tu dunia nak hancur habis. Aku teringat yang aku tak jaga solat banyak dosa. Aku rasa takut gila menjerit lari tak tentu hala. Then, tetiba aku terbangun dari tidur. Aku tarik nafas lega sebab tu sebenarnya mimpi. Serius aku cakap, banyak kali aku mimpi aku ada masa dunia tengah kiamat. Dengar perkataan kiamat tu dah takut kan. Mungkin Allah tegur aku melalui cara tu. Jadi, lepas tamat je STPM, aku dah start pakai tudung labuh full time. Maksud aku, pegi mana-mana je pakai tudung labuh. Aku try pakai stokin, pakai handsock, pakai skirt, pakai jubah. Rasa macam princess sangat. Sesuailah dengan maksud nama aku 'puteri'. Sejak aku berhijrah ni, rezeki terbukak luas je. Alhamdulillah dapat sambung degree dekat upsi sekarang ni dah second year.

Ada sahabat aku pernah bertanya, macam mana aku boleh kuat sangat dalam hijrah ni. Aku cakap umur pun dah tua, dunia sekarang akhir zaman. Sampai bila aku nak macam ni. Kesian mama abah, hari2 anak buat dosa. Kesian dekat diri sendiri. Bukan senang nak istiqamah. Tipulah kalau tak rasa nak pakai baju yang cantik-cantik gitu. Tapi aku pakai je. Asalkan tertutup dan tak tabaruj. Tapi.....sejak masuk upsi lagi besar dugaan. Kalau orang dah bertudung labuh, mesti tanggapan orang dekat kau tinggi kan. Orang akan anggap kau baik, lemah lembut pandai bab agama semuanya lah. Ada orang ingat aku memang dah lama bertudung labuh memang dari sekolah agama, Tapi sebenarnya tak. Jadi, aku macam terpaksa cover diri aku. Orang akan perhatikan kau. Orang mesti tanya "kos agama/bahasa arab kan?' orang panggil aku ustazah lah. Aku tak kisah pun. Nama pun manusia, takkan lari buat silap. Kalau yang rapat dengan aku, mesti kenal sangat dengan perangai aku macam mana, ketawa memang tak boleh cover. Tu satu benda aku tak cover. Kita hidup ni bukan nak impress manusia semata-mata tapi nak dapat redha Allah. Jadi, aku tutup mana mana yang aku patut tutup. Alhamdulillah sekarang ni aku cuba jaga solat aku dan jaga segalanya. Selama aku belajar dekat sini selama 2 tahun, takdak mana-mana lelaki pun yang cuba dekat2 nak ngorat ke apa. Mungkin ni cara Allah nak jaga hati aku. Cukuplah dulu lalai. Mungkin orang dekat sini pelik tengok aku dari tudung labuh ke tudung biasa. Tapi aku tutup mana yang patut aku tutup. Alhamdulillah. Orang yang taktahu kisah aku, macam-2 boleh kata. Aku jadi diri aku sendiri.

Tak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang kekal dengan aku, puteri, hadirah, faiz. Diaorang lah sahabat aku bila aku jatuh bangun aku. Diaorang lah yang menjadi saksi perjalanan hidup aku dari dulu sampai sekarang. Kami berempat sambung STPM sama-sama. Alhamdulillah dapat sambung degree berempat cumanya di universiti yang berlainan. Bukan senang taw nak jumpa sahabat macam ni. Tapi taktahu sape kahwin dulu. LOL. Abah pun suka tengok diri aku sekarang. Pernah banyak kali aku menangis sebab aku murung + gelisah sebab fikirkan pasal kiamat2 ni. Aku nangis depan abah. Abah nasihatkan aku macam-2. Abah cakap aku dah makin bagus sekarang, Abah pesan dekat aku masa tu JAGA SOLAT DAN JANGAN MENGATA DEKAT ORANG. Aku ingat.  Jadi, nak berhijrah tak semestinya kena pakai tudung labuh. Kita cuba tutup mana yang patut kita tutup. Yang penting, jaga solat dan jaga hubungan dengan Allah. Orang boleh nak judge kita macam-macam sebab mulut manusia ni takboleh nak ditutupkan. Sampai bila hidup nak impress manusia. Alhamdulillah aku okay dengan hidup aku sekarang. Berkat bulan puasa tahun 2013 lah yang buat aku jadi macam ni sekarang.