Wednesday, 12 February 2014

Hati ini milik Allah s.w.t


Sesungguhnya dahulu aku seorang yang lalai
Kerana aku hanya pendosa tanpa noktah.
Setiap yang berlaku,pasti ada hikmahnya.
Didik hati didik iman biar kuat tempuh
Biar kuat tempuh dunia sementara yang penuh pancaroba.

Di saat ditimpa ujian,
Mulut tidak mampu berbicara apa apa
Hanya mata yang mengalirkan air mata
Husnuzon.

Aku bangkit.
Imanku menangis.
Masih ada iman dalam diri ini.
Semua orang boleh berhijrah,tapi
Nak istiqomah itu susah.
Semuanya bergantung pada hati dan iman.
Imanku mudah rapuh.

Di saat tiada bahu untuk bersandar ketika bersedih,
Ingat,masih ada sejadah untuk kita bersujud mengadu
Mengadu segalanya kepada ALLAH.

Letak Allah nombor satu dalam hati.
Sebelum kejar cinta manusia,
Kejar cinta Illahi terlebih dahulu.

Jika ingin yang terbaik,
Mesti bermula dengan diri sendiri.
Rasa tidak layak menginginkan yang sempurna
Sedangkan diri ini jauh dari garisan sempurna
Allahu,kumohon hanya terbaik dari-Mu

-NUR AMIRAH-